Warkah Buat Kaum Hawa...

Hawa.....
Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yang solehah buat kedua-dua ibu bapamu,
andai engkau sudah bersuami,
jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
andai engkau ibu,
didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan Ad-din Allah.

Hawa.....
Andai engkau belum berkahwin,
jangan kau risau akan jodohmu,
ingatlah hawa,
janji Tuhan kita,
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.

Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim
kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati,
maka lahirnya senyuman
maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli
dengan pertemuan seterusnya
dan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa.....
Ketahuilah olehmu,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,
kemanjaannya, serta kemampuannya menggoncang iman lelaki.

Tetapi,
lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan
dengan wanita yang bukan muhrimnya
kerana dia takut memberi kesempatan
kepada syaitan untuk menggodanya.

Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta
kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan
lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan....

Oleh itu hawa,
jagalah pandanganmu,
awasilah auratmu,
peliharalah akhlakmu
dan kuatkanlah pendirianmu.

Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah yang memenuhi
dan menyinari kekosongan jiwamu,
biarlah cinta ibu bapamu yang memberi hangat kebahagian buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakanmu.....

Hawa.....
Cintailah Allah dikala susah dan senang
kerana kau akan memperolehi cinta daripada
insan yang juga mencintai Allah.

Cintailah ibu bapamu
kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.

Cintailah keluargamu
kerana kau tidak akan dapat berjumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga......

Jangan sesekali tangan yang MENGGONCANG DUNIA...
Juga bukanlah MENGGONCANG IMAN LELAKI....

Wallahua'lam....

......................................

Comments

Popular Posts

Allah chose you for a reason, so just do everything for His sake, work hard and InshaAllah, everything will be fine.