Wanita acuan Al-Quran...

Wanita acuan Al-Quran
ialah wanita yang menjaga tutur katanya
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
yang sentiasa berbuat kebaikan
kerana sifatnya yang pelindung
yang mempnyai ramai kawan dan
tidak mempunyai musuh bersifat jembalang...

Wanita acuan Al-Quran
sentiasa bersedia untuk agamanya..
yang hidup di bawah naungan Al-Quran
dan mencontohi sifat Rasulullah SAW serta wanita sufi
yang digariskan dalam kalamullah..
yang boleh diajak berbincang dan berbicara
yang sujudnya penuh kesyukuran
dengan rahmat Allah ke atasnya...

Wanita acuan Al-Quran
tidak pernah membazirkan masa
matanya kepenatan kerana kuat membaca
yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
bangun Subuhnya penuh dengan kecerdasan
kerana sehari lagi usianya
bertambah penuh kematangan...

Wanita acuan Al-Quran
sentiasa mengingati mati
yang baginya hidup di dunia adalah
ladang di akhirat
yang mana buah kehidupan itu perlu
dibajai dan dijaga
meneruskan perjuangan Islam
sebelum hari kemudian...

Wanita acuan Al-Quran
ialah wanita yang tidak mudah
terpesona dengan buaian dunia
kerana dia mengimpikan syurga
di situlah rumah impiannya bersama
lelaki acuan Al-Quran ganjaran Allah SWT...

Comments

Popular Posts

Allah chose you for a reason, so just do everything for His sake, work hard and InshaAllah, everything will be fine.