Hikmah Nasihat Imam Hasan Al-Banna

1. Segeralah tunaikan solat, kerana ia mendidik diri kepada taqwa dan disiplin.

2. Bacalah Al- Quran, ia melembutkan hati dan menyegarkan jiwa.

3. Bertuturlah dengan bahasa yang jelas, kerana ia membawa keberkesanan dakwah.

4. Janganlah terlalu banyak berdebat, kerana ia menghapuskan kemesraan sesama muslim.

5. Janganlah terlalu banyak ketawa kerana ia menjadikan hati anda keras dan tidak sensitif

6. Jangan terlalu banyak bergurau kerana ia boleh menyebabkan anda lalai daripada perjuangan.

7. Jangan bersuara lebih kuat daripada yang diperlukan, kerana ia menjadikan pendengar jemu dan bosan.

8. Jangan mengumpat, kerana ia dosa dan perosak kepada perhubungan yang baik sesama mukmin.

9. Kembangkanlah taaruf, kerana ia meningkatkan kemesraan dan boleh membina medan - medan dakwah yang luas.

10. Kewajipan lebih banyak daripada waktu, oleh itu jagalah waktu.

Comments

Popular Posts

Allah chose you for a reason, so just do everything for His sake, work hard and InshaAllah, everything will be fine.