Buat Sahabatku...
بسم الله الرحمن الرحيم
Wahai sahabat…
Kutitipkan luahan rasaku saat ini..
Sahabat… Sesungguhnya ku ingin kau tahu
Bahawa diri ini jua merindui saat itu…
Saat di mana kita saling mendengari satu sama lain.
Saat di mana kita bergurau senda...
Saat kita berkongsi segala suka dan duka...
Sahabat..
Ku ingin kau tahu…
Ku menyayangi mu..
Namun kadang aku tidak mampu untuk menzahirkannya…
malah untuk menyatakan sayang kepadamu membuatku rasa takut.. Aku takut …
Kerna aku tahu dan yakin ..
Bahawa aku pasti diuji dengan apa yang aku perkatakan. Aku takut..
Aku takut sekiranya aku gagal di dalam ujian Nya..
Sahabat.. ketahuilah sesungguhnya…
aku lemah mengharungi segala ranjau dan ujian Nya kadang aku tewas
Namun aku tahu yang aku perlu bangkit
Sahabat…
Aku sedar aku banyak mengabaikan hak mu
Aku sedar kadang aku terlalu mementingkan diri..
Aku sedar kadang aku terlalu banyak mengharap
Aku sedar diri ini banyak kekurangan dan kelemahan..
Aku sedar sahabat..
Aku banyak mengeruhkan persahabatan ini
Aku bersalah wahai sahabat…
Kau maafkanlah sahabatmu ini
Namun sahabat, Aku bersyukur sangat kerana…
Allah masih memberikan aku sahabat sepertimu..
Sahabat yang menyayangiku kerana Mu
Sahabat yang menyedarkanku di saatku terlupa
Sahabat yang mengajarku berkasih sayang
Sahabat yang mengajarku erti ketabahan
Terima kasih sahabat..
Kerana menerima diri ini seadanya.
Terima kasih sahabat…
Kerna menyediakan sedikit ruang di hatimu untuk diri ini
Terima kasih sahabat…
Kerna mendoakan diri ini…
Terima kasih…terima kasih….
Terima kasih Allah untuk pinjaman sahabat ini..
Ya Allah… Manisnya ukhuwah ini…
Aku ingin selama-selamanya merasai kemanisan ini…
Aku ingin bersama-sama mereka kelak Merasai kemanisan dan keindahan Syurga milikMu..
Ku mohon kekuatan dan keredhaan Mu dalam mengharungi hari-hari ..
Comments
Post a Comment
syukran jazilan =)