indahnya...Alhamdulillah
بسم الله الرحمن الرحيم
indahnya di saat itu...
hanya Allah saja yang mengetahui..Alhamdulillah Ya Allah..atas pinjamanMu ini..
Dalam usaha Rasulullah SAW memperjuangkan agama Allah, meluaskan syiar Islam ke seluruh alam...
untuk melahirkan umat yang bertamadun...
Hadirnya para sahabat..membantu, menyokong malah sanggup berkorban apa saja..di kala suka dan duka hingga ke titisan darah terakhir...
Sahabatku,
Ketahuilah...
Pentingnya ukhuwah ini, tercatat di dalam Kalamullah..
Rasulullah SAW juga berpesan kpd kita semua,
‘Seseorang itu tidak beriman sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti mana dia kasih terhadap dirinya sendiri’ (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sama-samalah kita jadi seorang sahabat,
yang sentiasa mengingatkan sahabatnya tentang kebesaran Allah...
yang sentiasa mengajak sahabatnya ke arah kebaikan,
yang tidak biarkan sahabatnya keseorangan menghadapi ujian hidup...
yang kehadiran dinanti..
pemergian diingati
bahkan sukar dicari ganti...:(
InsyaAllah..
Sahabatku sayang,
Berpeganglah dengan tali-tali Allah, sama-samalah kita ikhlaskan hati kita, bersahabat kerana Allah SWT..
semoga ukhuwah kita berkekalan hingga ke akhir hayat, dan semoga kita bertemu di syurga jua sebagai seorang sahabat...
Amin Ya Rabbal Alamin..
~Sayangilah sahabat anda, Hargailah mereka selagi hayat yang ada..~
Thank you Allah
Comments
Post a Comment
syukran jazilan =)