Berserahlah kepadaNya...

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt sahabat-sahabat dan adik-adikku sayang,


semalam ana duduk terfikir keseorangan...dalam ayat seribu dinar..


Allah berfirman dalam surah At-Talaq ayat 3 mafhumnya: 
"Sesiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupkan keperluannya..."


memang terang-terang lagi bersuluh dah tertulis di dalam Al-Quran, tapi.........
adakah kita betul-betul berserah diri kepada Allah?....
kan jika kita bertawakal, Allah akan cukupkan keperluan kita....??? 
tapi kita LUPA!!! kita lupa untuk berserah diri kepadaNya,,,,,
kenapa ye????


ana la terutamanya....sedih kan, sob3...='(  cuba muhasabah diri balik ye si pengembara....


Tawakal atau berserah diri kepadaNya didefinisikan sebagai " yakin sepenuhnya kepada Dia yang memberi jaminan; berasa cukup dengan Allah dan bergantung kepadaNya..."


Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya yang terbaik untuk kita.....tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun....sama ada soal kejayaan dalam peperiksaan, dalam kita menyampaikan dakwah Islam, dalam soal kerjaya, walhal dalam soal jodoh pun Allah dah tentukan....Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Serahkanlah segalanya kepada Allah...selepas kita usaha, bertawakallah..




bolehlah ambil pedoman dari post seorang sahabat ana ni...Pergantungan...


Imam Tirmizi meriwayatkan sabda Nabi SAW yang bermaksud, “Jika kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, kamu akan dikurniakan rezeki sebagaimana burung-burung dikurniakan rezeki, berpagi-pagi ia keluar dengan perut kosong dan berpetang-petang ia kembali kekenyangan.”


Bertawakallah....serahkan segalanya pada Allah....
InsyaAllah, hati akan tenang...fikiran kita akan lebih positif, tidak mudah tumbang dek angin sepoi-sepoi bahasa...malah lebih kuat dalam meredah ranjau kehidupan ini...


kita juga boleh aplikasikannya dalam bidang perubatan, jika kita sakit, kita usaha untuk dapatkan ubat, penawarnya...kemudian bertawakallah kerana kesembuhan penyakit itu, datangnya dari Allah SWT melalui perantaraan ubat, doktor dan yang lain2....


misalan lain, perkara yang selalu berlaku bila kita tersilap letak barang, tapi dengan Basmalah dan keyakinan pada Allah SWT bahawa dengan izinNya barang itu ada....barang itu, kita jumpa semula dengan keadaan yang tidak disangka-sangka...subhanallah...






"sama-sama lah kita menjadi orang yang sentiasa bertawakal, kerana Allah akan mencukupkan keperluan kita...."

Amin Ya Rabbal Alamin

jkk...ma'a salamah..

Comments

Popular Posts

Allah chose you for a reason, so just do everything for His sake, work hard and InshaAllah, everything will be fine.