Mana satu pilihan anda? =)

 بسم الله الرحمن الرحيم


Forum: 18 Mac 2011, Blue Lecture Theatre, 12.30 p.m
Panel: Ukht Ishmah Aiman Mazali, Ukht Norshazwani Othman, 
Pn. Santibuana Abd Rahman
Moderator: Nur Hidayah Mohd Jamil

Mana satu ana nk pilih ni, keluarga atau kerjaya....???
nk jd ibu mithali, anak mithali ke doktor yg cemerlang, jurutera yg hebat, guru yg gemilang?

Sahabat-sahabatku syg, 
sebenarnya xde istilah vs dlm keluarga dan kerjaya ni, dua-dua harus bergerak seiring utk melahirkan ummah yg hebat dan bertamadun...tanpa keluarga yg menyokong kte, kte tidak akan dpt mencapai kejayaan di dalam kerjaya...dan tanpa kerjaya, bagaimana mungkin kte hidup di dalam dunia yg moden ni, yg smuanya memerlukan duit...xkn kte nk gunakan daun pengganti lampin anak kn? Dan niat kita bekerja ni adalah fardhu kifayah, for Allah and for the sake of ummah...utk kte majukan Islam... fikir2kan lah ek...




dan ahli keluarga akan terima kte seadanya, kte xperlu pun memilih mereka...tp kalau kerjaya, kte boleh pilih dan jika tidak sesuai, kte boleh tukar....berbeza dgn keluarga, jika salah seorang drpd ahli keluarga pergi meninggalkan kte, kte xakan dpt mencari pengganti sebaiknya....hargailah keluarga anda...=)

Apa akibatnya jika kita utamakan salah satu sahaja daripadanya? Kita utamakan kerjaya, keluarga kita abaikan...kita utamakan keluarga, kerjaya kita tolak tepi....Nauzubillah...
ana pasti sahabat-sahabat sudah dpt membayangkan apa akibatnya kalau kte utamakan salah satu sahaja...


Ana nk kongsi cerita ttg seorang ulama yg hebat, iaitu Imam Hassan Al-Banna...=) Pernah tak kita terfikir, bagaimana seorang insan yang mempunyai visi sebegitu hebat menguruskan rumahtangganya? Sahabat-sahabat, setelah kejatuhan khilafah Turki Uthmaniyyah pada 3 Mac 1924, As-Syahid Hasan Al-Banna bangun membangkitkan semangat dan mengatur semula gerakan umat Islam dalam menyeru manusia kembali kepada Allah. Dan yang pastinya, usaha ni menuntut jutaan pengorbanan dari segi masa, tenaga, pemikiran, harta dan pelbagai lagi aset manusiawi. 

Dengan berbekalkan panduan bahawa setiap perkara mempunyai hak yang perlu dipenuhi, dan Rasulullah SAW dijadikan sebagai role model, Hasan Al-Banna menunjukkan contoh yang baik untuk diteladani mana-mana insan bergelar ayah =)...utk lebih mendalami kisah bagaimana Hassan Al-Banna menguruskan rumahtangganya, baca lah kisah "Cinta di Rumah Al-Banna"
.....ana yg baru mendengar sedikit bingkisan hidupnya pun telah jatuh cinta kepadanya...harap muslimin sepertinya, yg benar-benar menjadikan Rasulullah SAW sebagai pedoman...Amin...

Jadi itu, apa langkah-langkah yg perlu dipraktikkan supaya ada keseimbangan antara keluarga dan kerjaya? Agar pada masa akan datang, kita semua menjadi seorang doktor/jurutera/guru/usahawanita yang mukminah dan pada masa yang sama menjadi anak mithali dan ibu mithali....amin

1) Mindset kita kena betul, betulkan niat kita....apa tujuan kita bekerja sebenarnya? Apa tujuan kte menjadi seorang doktor? jurutera? utk dpt duit semata-mata atau ape?...Ikhlaskan hati...=)

2)  Penuhkan diri anda dengan ilmu berumahtangga, cth; memasak, menjahit dan lain2 lagi...agar semuanya berjalan dengan lancar..

3) Pengurusan diri juga sangat penting, lebih-lebih lagi bg pekerjaan yg sibuk...dari sekarang dah boleh praktis buat kerja dgn tepat, cekap dan cepat..

4) Spiritual/motivasi, mental dan emosi mesti selalu dijaga...didik diri agar sentiasa bersikap positif dan sentiasa ingin maju kehadapan, serta tidak mudah berputus asa..."Umat Islam harus cemerlang, hari ini mesti lebih baik dari semalam"

5) Sistem sokongan juga sangat penting lebih-lebih lagi dari suami, anak-anak dan rakan sekerja...kerana mereka semua adalah tulang belakang kita dalam mencapai kejayaan..

6) Explain career pathway...berbincang dengan suami, minta izin dengan suami, adakah dia redha kte pergi kerja? Terangkan suasana kte bekerja mcm mane...susah, bukan duduk je... Perbincangan yg baik antara suami isteri itu sangat penting dalam menjaga keharmonian rumahtangga...=)

7) Beri asas agama yg kukuh kepada anak-anak...jelaskan kepada anak-anak, supaya mereka juga redha apabila ummi/ibu/mak/mama pergi kerja...doa sungguh-sungguh pada Allah, agar menjaga anak-anak kita sepanjang kita bekerja...
8) Fahamkan ahli keluarga yg lain tentang kerjaya kte...agar mereka semua menyokong dan mendoakan..

9) Kerjasama antara rakan sekerja juga penting lebih-lebih hal emergency yg tidak dapat dielakkan...dan penting juga dlm memahamkan ahli keluarga tentang kerja kte, kerana rakan sekerja lebih memahami situasi sebenar...

10) Banyakkan berdoa dan bertawakal, sesungguhnya, doa adalah senjata Muslim dan Allah SWT suka orang yg bertawakal...
semoga sahabat-sahabt mendapat sedikit sebanyak input, jazakallahu khair..
Allahua'lam.. wa ma'a salamah

Comments

Post a Comment

syukran jazilan =)

Popular Posts

Allah chose you for a reason, so just do everything for His sake, work hard and InshaAllah, everything will be fine.