Ukhuwah fillah...

  بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt sahabat- n adik-adikku sayang...
Sihat? Hrp sihat-sihat selalu hendaknya...=)
minta maaf ye, lama ana xupdate blog ni...final exam baru sahaja selesai....harapnya satu batch phase 1A MBBS UniKL RCMP lulus, xde seorang pun yg tercicir...Amin...Ya Allah permudahkanlah jalan kami dlm menuntut ilmu...menjadi seorang doktor muslim muslimah kelak, membawa agamaMu di dalam tugasan kami....

Sepanjang perjalanan menempuh medan peperiksaan ini, ana selalu terngiyang2 lagu 'menuju wawasan'...

Umat Islam harus cemerlang, hari ini mesti lebih baik dari semalam...
jangan buang masa, siapa kata kita tidak boleh, 
kita ada Allah Maha Kuasa, kita punya kuasa tenaga, doa sebagai senjata, 
Umat Sentiasa Boleh!!!!

Dalam surah Al-Fatihah ayat ke 5 yang bermaksud...
'PadaMu kami menyembah dan padaMu kami mohon pertolongan...'

Mohonlah kepadaNya sungguh-sungguh, sesungguhnya Allah penentu segala-segalanya...jangan lupa tawakal kepada Allah....

Ok, berdasarkan tajuk post, 'Ukhuwah Fillah'..ana kongsi sedikit ilmu yg ana peroleh dari rehlah di Air Terjun Ulu Cepor yang lalu...

Bagaimana ukhuwah fillah ini boleh dipupuk? Ukhuwah yang bina kerana Allah..
  • Beritahu teman bahawa dia kasih kepadanya...I love you...
  • Doakan saudaranya, tanpa dia mengetahui..
  • Hendaklah sentiasa bermanis muka ketika berjumpa dengan temannya walaupun dalam keadaan sedih
  • Segara bersalaman, pasti diampunkan dosa keduanya sebelum berpisah
  • Ziarah temannya sekali sekala..
  • Beri hadiah kepadanya, tanda kasih sayang..
  • Bantu sahabat itu kerana Allah...sesungguhnya bantu sahabat itu lebih baik dari beriktikaf selama 2 bulan...
sama-samalah kita mempraktikkan...kawan/teman/sahabat itu penting dalam kehidupan kita...seorang mukmin itu, adalah cermin kepada saudaranya....sayangilah sahabat anda, hargailah mereka selagi hayat yang ada....moga Allah memberkati..Amin



Allahua'lam..

Comments

Popular Posts

Allah chose you for a reason, so just do everything for His sake, work hard and InshaAllah, everything will be fine.