Selamat berjuang sahabatku...

بسم الله الرحمن الرحيم

sedihnya hati ni...hanya Allah je yang tahu...:'(

saat nak meninggalkan sahabat-sahabat yang ana sangat sayang, usrah yang terakhir khamis, 20 Sya'ban...walaupun ana akan bertemu sahabat2 ni kat kolej, pergi dissection hall sama-sama, pergi seminar room sama-sama...tapi lain sangat bila bertemu dengan sahabat-sahabat dalam suasana di mana 'kita duduk beriman sebentar' mcm apa yg murabbi ana beritahu...terikat hati kerana Allah..subhanAllah..

sedih...:'(
pasti ana akan rindu pada sahabat2, gelak ketawa n menangis sama2 walaupun kdg2, tangisan tu dalam hati je, saat kita sama2 muhasabah diri bersama...saat diri ni hilang kekuatan untuk hadapi exam, dengan keluarga yang jauh, sahabat-sahabat beri kekuatan untuk teruskan perjuangan, membisikkan kata-kata semangat buat ana...terima kasih sangat2 sahabat...
sama-sama kita membedah ayat-ayat cintaNya, mengenali bidadari-bidadari syurga,  waktu kita sama-sama imbau saat2 terakhir Rasulullah SAW meninggalkan kita...:'(



Fatin Salehah, Hani Raihan, Umirah, Natasha, Ishmah Aiman, Farhana Azhari, Zaleha, Izma, Nur Shafinaz, Farrah Hanum, Aishah, Nur Insyirah...

Ya Allah, tetapkanlah hati-hati kami agar sentiasa bermunajat kepadaMu...

hati ini telah bersatu, berkumpul di perut bumiMu
hati ini telah berpadu, bersatu memikul beban dakwahMu ya Ilahi..
hati ini telah mengikat setia, untuk berdaulat, untuk mendukung..
syariatMu di alam maya..
maka Ya Allah, eratkanlah..
ikatan yang ada

kekalkan kemesraan yang ada, tunjukkanlah jalan yang benar
tunjukkanlah dengan cahayaMu, tiada malap terangi alamMu..
hidup suburkanlah dengan makrifatMu
tapi jika ingin mematikan,
matikanlah sebagai syuhada'
dalam perjuangan menegakkan agama yang mulia...

Amin Ya Rabbal Alamin..

selamat berjuang sahabatku, semoga kita bertemu lagi...InsyaAllah


Ladies Night



"Doakan kita ea agar istiqamah dalam perjuangan ini...semoga dipermudahkan jalan...Amin..." 

Comments

Post a Comment

syukran jazilan =)

Popular Posts

Allah chose you for a reason, so just do everything for His sake, work hard and InshaAllah, everything will be fine.