mujahadah itu manis...
Alhamdulillah, sama-sama kita bersyukur atas segala nikmat yg Allah swt berikan kpd kita hingga ke hari....pada saat ni, mungkin ada antara kita sedang menahan sakit perut yg teramat, tapi, sedarilah, ada insan yg mengalami sakit yg lebih teruk lagi dari apa yg kita rasa...
ingatlah, sakit jua ujian dari Allah kpd hambaNya, agar hambaNya ingat kpdNya selalu, memohon pertolongan dariNya...kalau waktu sihat, ada kita bersyukur atas nikmat sihat???
subhanAllah, Allah murabbi yg terhebat. Setiap episod dalam kehidupan kita, ada hikmah yg tersembunyi, mungkin kita nampak atau tak.
Saat kita leka dalam melakukan jahiliyah kepadaNya, contohnya perbuatan seorang muslimat berchatting dengan lelaki dgn muhrim je kot, tak jumpa, tak bertentang mata, mana ade sentuh2 ni mcm org kebanyakkan lakukan...saat tu, Allah campakkan rasa bersalah kpd kita dalam melakukan jahiliyah ni...sayangnya Allah pada kita..
"Apa aku buat ni betul ke salah? Aku xde ikatan ape2 kot ngan dia...boleh ke chat bersahaja ni?"
syaitan pun membisik,, 'Eleh, setakat tanya khabar kot,, xkan xboleh...ummi, abi, kawan2 kau xnampak pun,, kau chat jela dengan dia beb...'
"Astaghfirullahal azim,, ni xboleh!!" tegaskan diri umpama singa dalam melawan karat-karat jahiliyah ni! kuatkan hati!
mujahadah itu ialah mencurahkan segala kemampuan utk melawan musuh...
mujahadah itu mmg pahit gila, kerana redha Allah dan syurga Allah itu sgt manis duhai hati...
it's so true...the GREATEST JIHAD!
xnak ke dapat jihad? kalau tak dapat nak join global march to jerussalem, berperang utk mendapatkan keadilan bagi Palestin tercinta.. melawan nafsu dan membuang karat-karat jahiliyah dah dikira as "GREATEST JIHAD"
perghh, ohsem!! subhanAllah..
mujahadah itu menawan jahiliyah tw,,
ulang taip, MENAWAN : MENJAJAH,
bukan setakat lawan tumbuk2 je.. tapi dapat menjajah satu EMPAYAR JAHILIYAH!!
percaya x?
"Dan orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah bersama oarng yang berusaha membaiki amalannya."
(Al-'Ankabut: 69)
subhanAllah,, once kita mujahadah membuang karat-karat jahiliyah, Allah swt buka jalan2 kebaikan yg lain, yg sgt banyak & mudah...Allah beri ketenangan kepada kita yg tidak dapat digambarkan dengan kata-kata,, subhanAllah...
train dakwah pun makin laju kerana karat-karat jahiliyah ini dah tidak memberatkan train...masyaAllah...
Allahu Rabbi...Allah maha penyayang...
Abu Ali al-Daqqaq, seorang ahli sufi terkenal berkata:
" Sesiapa menghiasi dirinya dengan mujahadah (terhadap nafsu), nescaya Allah memperindah hatinya dengan musyahadah."
musyahadah, menyaksikan syahadah dalam dirinya...
menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, dan nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah..
moga terus kuat & istiqamah dengan mujahadah yg brothers & sisters lakukan,, amin..
Comments
Post a Comment
syukran jazilan =)