Bergaya dengan membaca! 📖
Bismillah, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Adakah anda mempunyai tabiat suka beli buku tapi tak membaca? 🙋
Perkara yang pahit untuk disebut, kerana saya adalah salah seorangnya, bertaubatlah!
Dari kecil memang mama dan ayah selalu bawa kami adik-beradik pergi ke kedai buku, tak kisahlah kat mana pun.. Rasa seronok pergi kedai buku lebih kurang sama macam pergi jalan-jalan tepi pantai, malah lebih best lagi!
Hinggalah melekat tabiat sekarang ini, pergi mall ke jalan-jalan ke sebab nak pergi kedai buku 😅 suka bau buku haha
Sampailah bilik saya dah macam perpustakaan penuh dengan buku.
Ini sebahagian sahaja, ada banyak lagi, haha mentang-mentanglah resit buku boleh di claim/isi untuk LHDN nanti, asyik beli buku je 😶
Sampailah satu hari saya rasa macam sentap kena penampar adalah, bila nampak nenek baca buku!
Nenek saya da berusia 80 lebih okay, baca buku-buku yang dirak saya, mashaAllah.
Saya sangat adore and amaze sangat2 kat nenek, sebab masih baca buku! Walaupun dengan kaca matanya kerana rabun dekat tapi gigih! Bukan setakat itu saja, memang baca sampai habis! 😍
"Kenapa buku kat rak along makin sikit ma? Nenek bawa balik sambung baca."
MashaAllah!
Nenek saya, cikgu Hajah Siti Ramlah 💓 dulu dan selamanya seorang guru, memang suka membaca.
Benarlah orang kata, bila kita tua nanti, kita akan buat tabiat-tabiat kita ketika muda.
Walaupun sekarang dah tak muda sangat, InshaAllah
tahun ini azam nak mula membaca kerana ilmu datang dari pembacaan yang
baik.
Pok amai-amai,
Belalang kupu-kupu,
Bacalah sampai pandai,
Buku-buku pelbagai ilmu.
Santan lemak manis,
Santan kelapa muda,
Jangan anak menangis,
Kalau emak suruh membaca
Comments
Post a Comment
syukran jazilan =)