Biasiswa oh biasiswa
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Dengan situasi covid yang makin merunsingkan, kita kembali PKP dan PKPB/PKPP di sesetengah kawasan, maka bersambunglah lagi episod kerja di rumah bagi sesetengah pekerjaan. Bagi kami, di unit rawatan tiada istilah work from home, work from hospital ada lah atau work from home bila kena kuarantin 😄
Muka gembira pula kena kuarantin, haha.. dalam risau keputusan covid PCR, Alhamdulillah di beri ruang masa untuk berehat dan berfikir tentang masa hadapan.
Sungguh setiap orang cabaran hidupnya berbeza-beza, kerana setiap dari kita pun unik dan tiada seorang pun yang sama. Pada artikel kali ini, saya ingin bersambung tentang post sebelum ini yang berlatarbelakangkan tentang pendidikan.
Saya pasti adik-adik pada zaman covid ini, struggle untuk belajar online, sedang saya dulu ketika ada pensyarah di hadapan mata pun boleh terlelap ataupun tak faham apa yang diajarkan, inikan anda semua yang belajar secara online dalam ketika selalu masalah line tak laju, takde coverage dan sebagainya. Sungguh menuntut ilmu itu memang lah sangat mencabar, tetapi ketahuilah yang Allah lihat struggle kita. Moga Allah terima setiap usaha kita untuk belajar itu sebagai ibadah di sisiNya, Amin..
Saya bersyukur sangat, Allah mudahkan urusan pembelajaran lebih-lebih lagi pada pembiayaan kos belajar dahulu. Kos pembelajaran saya jika dikira dari asasi hingga ke ijazah, jumlahnya RM325,669.00, fuh banyak kan. Ini kiraan dari tahun 2009-2015.
Tapi bersyukur sangat-sangat, Allah minta saya bayar 1% je dari apa yang saya gunakan untuk belajar. 😠Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? Allahu akbar..
atas sebab ini juga saya berat hati untuk keluar KKM, sebab rasa macam banyak sangat hutang dengan rakyat, banyak lagi jasa yang saya perlu lakukan.. ini juga bukan sebab result A+ ea, semua result saya paras hidung je.. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..
Yang saya yakin bagi tahun ke tahun, makin tinggi peratusan bayaran balik biasiswa.
Dan mungkin tiba masa anak-anak kita pula masuk universiti dalam 20 tahun lagi, tiada lagi biasiswa.. Allahu'alam.. dan kita sebagai ibu bapa perlu sangat mencari jalan bagaimana untuk kita dapat memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak kita inshaAllah
Comments
Post a Comment
syukran jazilan =)