Dana Kecemasan 🔐
Bismillah,, dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha penyayang ❤️
Hari ini saya terpanggil untuk share tentang apa itu dana kecemasan?
Lagi-lagi waktu covid ini, saya pasti ramai yang hilang sumber pendapatan keluarga, atau ramai yang gaji dipotong dan sebagainya kerana wabak yang melanda ini jelasnya memerlukan sangat banyak duit untuk tampung.
Satu covid pcr atau rtk yang dibuat, mencecah kos rm 200-300/ item. Full ppe yang kita pakai hari-hari pun semua pun memerlukan duit.
Maka sangatlah penting kesedaran untuk menyimpan dana kecemasan ini, seolah-olah nak hantar pesakit yang sedang diCPR (Cardiopulmonary Resuscitation), ke hospital 🚑 🆘. It is urgent!
Banyak cara untuk kita simpan dana kecemasan ini, saya pernah cuba simpan di Tabung Haji, masih tak berjaya sebab, saya link kan dengan acc bank saya haha, asal duit sikit je saya tarik balik dari tabung haji 🙅🏻♀️ Jangan follow sikap ini.
Simpanan di ASB pula, alhamdulillah dapat simpan tetapi, tiba masa yang super emergency, saya mengalami kesukaran nak keluarkan. Mungkin simpanan jangka masa panjang boleh apply di sini.
Sampailah saya kenali dengan simpanan emas. Sifu saya aka encik suami yang mengajarkan semua ini, Alhamdulillah berhasil!
Saya bagi contoh macam mana nak simpan dalam emas.
Okay, dapat sesuatu?
Memang kena disiplin untuk menabung ini. Macam melawan nafsu sendiri.
inshaAllah post akan datang, saya akan terangkan lagi lanjut macam mana cara nak simpan ini 👆🏻
#3bulangaji
#6bulangaji
#12bulangaji 💪🏻
Comments
Post a Comment
syukran jazilan =)