Emas ๐
Bismillah,
Alhamdulillah pada tahun 2017, saya diperkenalkan dengan simpanan emas oleh encik suami, daripada kenalannya dari facebook. Sebelum-sebelum ini, saya memang tahu ade simpanan emas, tapi tak faham dan pandang sebelah mata saja.
Hingga lah saya baca sebuah buku, berjudul Cash Flow untuk WANITA,
Biar nampak SEDERHANA, asalkan BIJAKSANA.
maka, bermulalah simpanan emas 1g sebulan, dengan duit nafkah yang dapat, alhamdulillah..
Kalau buat kiraan, jika 5tahun kahwin, inshaAllah ada 60g dalam simpanan.
Ketika itu tahun 2017, RM 187/g, in which berbeza giler dari sekarang.
Simpanan kekal menjadi 1g sebulan sehingga lah tahun 2020, membuatkan mata saya terbeliak dan buka sebesar-besarnya!
Tahun 2020, tahun mencabar, termasuklah dari segi kewangan secara umumnya.
Banyak orang yang dibuang kerja, banyak yang dipotong gaji.
Ada juga orang yang bunuh diri dek tak tahan dengan stress kewangan yang melanda.
Syukur Allah masih memberi peluang pekerjaan ini, walaupun strugglenya di tempat lain.
Pernah satu masa di tahun 2020, harga emas melambung tinggi RM291/g, cuba bayangkan bezanya berbanding pada 2017. Yang pasti, emas ini adalah pelaburan jangka masa panjang, bukan jangka masa pendek. Konsep dia tak sama dengan kita beli emas hari ini, dan kita jual hari esok.
InshaAllah dalam post2 seterusnya, saya akan share lebih tentang emas dan juga selingan2 ibrah dan pengajaran sebagai frontliners.
Comments
Post a Comment
syukran jazilan =)