Pendidikan

Bismillah,

Post kali ini, saya nak share berkenaan dengan pendidikan.

Saya anak sulung dari lima orang adik beradik, dari keluarga yang sederhana. Saya tekad untuk sambung pembelajaran saya di peringkat sekolah menengah di sekolah berasrama penuh integrasi selandar, melaka walaupun jauh dari keluarga saya di selangor. 

Alhamdulillah, selepas SPM saya berjaya melanjutkan pelajaran saya di Kolej Mara Kuala Nerang, Kedah dan seterusnya di UniKL Royal College of Medicine Perak, Ipoh selama lima tahun dan sambung dengan fasa housemanship yang kalau diberi peluang untuk ulang masa, saya memang tak nak ulang masa HO ini.

Pada saya, pendidikan sangatlah penting dalam mengubah nasib keluarga. The struggle is real ok. bukan main-main. Banyak orang bagitahu, kalau belajar tinggi-tinggi pun, tak semestinya dapat kerja bidang yang diceburi. Yes it is true. 

Bukan semua orang dapat kerja macam yang diinginkan, tapi back to pendidikan, ia sangatlah membentuk peribadi, jati diri dan cara berfikir seseorang. Kerana ilmu itu pelita kehidupan. Sama juga dengan kita belajar agama, perlukan buku dan orang yang bertauliah untuk mengajar. 

Seorang yang belajar engineering, boleh jadi tak kerja sebagai engineer, kerja sabagai superstore manager, tetapi cara fikirnya sama macam engineer. Berfikir jauh kehadapan.

Seorang yang belajar medic juga boleh jadi tidak bekerja sebagai seorang doktor, tapi peribadinya sama seperti seorang doktor yang mungkin tak treat disease as mention dalam buku, tapi treat disease attitude among the community. MashaAllah 💗

Saya, di bahagian pediatrik, banyak encounter remaja yang tak nak belajar dah. Malas dan tak ada kesedaran untuk mengubah nasib keluarga. 

Sedarlah adik-adik pendidikan itu sangat penting!

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, 

"Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga"

(HAdith Riwayat Muslim)

Saya menyeru remaja-remaja agar terus menimba ilmu dalam jua bidang yang anda ceburi. Kesan dia mungkin bukan sekarang waktu tengah belajar ini, tapi kesan dia dalam 10 tahun akan datang. InshaAllah.






#bukansenangnaksenang #bukansusahnaksusah


Comments

Popular Posts

Allah chose you for a reason, so just do everything for His sake, work hard and InshaAllah, everything will be fine.