sambung master? 💘

Bismillah, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Tuhan yang mencipta sekelian alam, yang mengetahui apa yang di langit dan di bumi, Tuhan yang mengatur cantik kehidupan ini.

dari seorang kanak-kanak kat klinik, tak sangka tulis nama saya 😍


Sungguh bila saya melihat, adik-adik houseman sekarang yang super blurr2, tak faham apa kerja yang dilakukan, buatkan diri ini refleksi satu ketika dulu saya pun sama-sama blurr tak faham apa yang saya lakukan. 

Cuma, satu sahaja yang saya pegang sepanjang bergelar houseman dulu, saya nak jadi doktor yang tak do harm kepada pesakit, biarpun tak pandai saya nak jadi doktor yang selamat. MashaAllah, satu nasihat yang diberikan dulu, sewaktu awal posting O&G, saya sangat ingat Dr Azam O&G specialist di Hospital Miri dulu berpesan:

"Aku, kalau HO ke MO ke tak pandai aku boleh ajar, tapi kalau ada masalah attitude memang aku tak boleh nak ajar."

Dari situ saya sedar bahawa tempoh masa housemanship, medical student dulu semua adalah masa untuk kita didik diri kita menjadi seorang doktor yang baik. tahu benda yang baik dan buruk. Orang kata, ambil yang baik sahaja, yang buruk jadikan sempadan. Sebab bila kita dah jadi MO ke Pakar, Consultant, boleh lagi ke orang tegur kita waktu itu? Susah kan? 

Sampai la sekarang Alhamdulillah saya dah jadi MO, pesanan yang sama saya sampaikan pada adik-adik HO yang sangat2 kena jaga attitude sebab benda tu je orang lain xboleh nak ajar.

Sejujurnya, memang niat asal saya nak habiskan houseman adalah lepas HO nak buat benda lain yang sesuai dengan diri ini, sebab macam tak boleh nak go further dalam medical. 

Tapi Allah tu Maha mengetahui kan, Allah susun supaya saya dapat hospital yang jauh dari famili, Allah susun saya untuk masuk dalam department paediatrics yang pernah kuletakkan janji tak nak masuk dalam paeds lagi. 

Allahu Akbar.

Memang makan masa untuk berperang dengan diri sendiri sepanjang tagging dulu, saya ambil masa 6 bulan baru betul-betul boleh offtag, memang lama. sebab saya memang tak confident dengan diri sendiri. Pernah waktu mula-mula masuk nicu, bunyi alarm radiant warmer pun buat rasa diri phobia teringat apa yang berlaku ketika masa dulu. dah macam ada symptoms anxiety, PTSD semua. MashaAllah, hanya Allah saja yang tahu.

"Sorry Dr, Im a bit delayed."

"orang lain dah boleh berjalan, saya baru boleh turn prone to supine" itu lah saya diibaratkan.

From Dr Agnes
until now, these words make me crying and think of myself.
Allahu rabbi.

Memang tak boleh nak compare diri sendiri dengan orang lain, sebab setiap antara kita pathway kita semua lain-lain. Kalau kita compare diri kita dengan orang yang lebih, pasti kita down dan sedih. 

Maka tak perlulah nak compare2, bersyukur dengan apa yang ada saja. Alhamdulillah.

Pernah diri ini memberanikan diri mengorak langkah untuk duduk exam medec entrance exam pada tahun 2019, dengan niat," aku nak jadi doktor yang berilmu" tetapi keputusan tak memberansangkan dan disuggest untuk sit for the exam again

view time study leave dulu

tak pe, Alhamdulillah syukur sangat-sangat saya dah keluar dari zone ketakutan saya, Alhamdulillah!! rasa macam nak pakai baju graduasi! Inilah graduasi sebenar saya. Allahu Akbar, 😢

Terima kasih Allah

inshaAllah tahun ini, 2021 nak sit exam theory mrcpch, moga Allah izinkan dan mudahkan untuk belajar dan jawab exam nanti, supaya Nur Hidayah dapat menjadi seorang yang bermanfaat pada ummah, dan menjadi hamba yang lebih dekat kepadaNya. Amin, amin, amin. 


Bersyukur sangat dikelilingi dengan pakar dan sahabat yang sangat membantu. Hanya Allah saja yang dapat membalas budi kalian semua. 





Comments

Popular Posts

Allah chose you for a reason, so just do everything for His sake, work hard and InshaAllah, everything will be fine.