Rendam anak dalam air? 😲

Bismillah, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

InshaAllah hari ini saya rasa terpanggil sangat2 untuk share kepada ibubapa, apa yang perlu dilakukan jika anak anda mengalami sawan/tarik, pergerakan pelik dalam keadaan seseorang itu tidak sedarkan diri.

Ada ibu bapa yang menanggap yang anak nya meracau atau kena sampuk ke bila mereka dalam keadaan mata ke atas, mulut berbuih, pergerakan tangan atau kaki yang pelik2. 

Memang tak dinafikan bahawa ada saja diagnosis dari segi perubatan Islam yang anak-anak kena gangguan semua, tapi sebagai pengamal perubatan, sejujurnya bawa lah anak anda ke hospital dahulu untuk pemeriksaan dan usaha seterusnya kalau nak bawa anak ke mana-mana pusat rawatan Islam itu, terpulang.. 

Sebab kenapa saya beritahu perkara ini, banyak ibubapa yang dah 'lambat' bawa anak mereka ke hospital dan komplikasi dari lambat bawa itu, sel2 otak banyak yang dah mati dek kerana kurang oksigen sampai ke otak. 

Untuk pengetahuan semua, dalam badan kita ada 3 jenis sel; stable cell, labile cell dan permanent cell.

Dan otak kita adalah sel permanent dimana, bila sel itu mati, tak de lagi sel yang digenerate. tak sama macam kulit kita dan organ yang lain yang tergolong dalam labile dan stable sel.

Maka, bila oksigen tak sampai kat otak, sel-sel otak boleh mati dan akan memburukkan keadaan seseorang kanak-kanak. 

Sawan ini boleh berlaku pada semua peringkat umur, oleh kerana sebab-sebab yang tertentu. 

Dalam kes yang saya nak cerita ini adalah, bila mana kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah mereka cenderung untuk dapat demam sawan, lebih-lebih jika ada ahli keluarga yang pernah ada demam sawan.

Jadi yang pertama-tama, jika anak anda mengalami sawan,

1) JANGAN PANIK (bukan anak saya pun saya panik jugak 😓), so jangan panik, tarik nafas dalam2 baca bismillah, tengok masa waktu kena sawan itu, ibu dan ayah kena TENGOK PATTERN SAWAN ANAK dan BERAPA LAMA,

tangan kaki kejang ke, gerak ketar-ketar ke, atau mata sahaja je ke yang bergerak, tangan sebelah je ke, kaki je ke, ke kepala je ke macam geleng2, macam pergerakan salam ke (haa banyak weiii) macam-macam pergerakan boleh jadi.. perhatikan betul-betul semua ini..

Ini kerana perbezaan pergerakan itu akan reflek perbezaan management doktor, atau ubat yang akan diprescribe.

2) POSISIKAN anak anda mengiring ke kiri, dan kepala rendah dari badan, sebab disebaliknya adalah, bila anak sawan, mereka tak sedarkan diri, maka lidahnya boleh terbalik ke belakang dan menghalang salur pernafasan.

Maka dengan mengiring, lidahnya boleh terjatuh ke tepi dan membolehkan anak untuk bernafas (tak jadi biru) dapat bayang tak?

3) LONGGARKAN baju anak lebihh-lebih lagi bahagian leher

4) BOLEH lap muntah atau cecair yang keluar dari mulut

5) JANGAN MASUK apa-apa objek dalam mulut walaupun gigi nya terketap (clenched teeth)

6) JANGAN MASUKKAN AIR atau ubat dalam mulut, sebab ketika sawan belum berhenti, mereka tidak sedarkan diri, air atau cecair yang dimasukkan ke dalam mulut boleh mendatangkan BAHAYA yang lebih besar kepada paru-paru (ni jangannnnn ye silap-silap kena tiub pernafasan pulak nanti)

7) BERADA DEKAT  dengan kanak-kanak tersebut hingga sawan berhenti dan tenangkan mereka sejurus selesai sawan, jika sawan lebih 5 minit sila datang ke Hospital untuk rawatan yang selanjutnya.


Jangan rendam anak dalam air okay!

Setelah kita usaha, doa pada Allah mudahkan urusan anak kita, doakan doktor-doktor yang merawat anak kita juga supaya diberi ilham dan petunjuk InshaAllah.


-dari doktor kanak-kanak kecik-

Comments

Popular Posts

Allah chose you for a reason, so just do everything for His sake, work hard and InshaAllah, everything will be fine.