Perjuangan serikandi~ Zainab Al-Ghazali Al-Zubili


Alhamdulillah...2 minggu lps, ana hadiri sesi bimbingan puteri, bersama-sama sahabat seperjuangan di surau Al-Huda...
Byk input yg ana peroleh, di ptg jumaat itu dan ingin berkongsi sedikit sebanyak dgn sahabat-sahabat yg lain...termasuk mama, ayah, angah, alang, ateh, n adik...=)

errm, di mana ana nk mulakn ye...

Sahabat-sahabatku,
kte selalu dgr cerita ttg Rabia'tul Adawiyah, Zinnirah, Sumaiyah... dan dinihari, byk lagu nasyid yg m'didik kte utk mengenali dan mencontohi serikandi2 Islam ini...

Namun, pernah tak kalian mengenali serikandi Islam, ' Zainab Al-Ghazali Al-Zubili'?
Bg yg belum lg mengenalinya, di sini ana ingin berkongsi sedikit bingkisan hidup Zainab Al-Ghazali Al-Zubili...
  • Beliau dilahirkan di Al-Bihira pd thn 1917
  • Beliau berketurunan Umar Al-Khattab dan Hasan bin Ali bin Abi Talib.
  • Beliau adalah anak kpd seorang ulama' lulusan Al-Azhar.
~Di sini bermula segalanya....~

Seawal usia 10 thn, beliau memperlihatkn kepandaian dan kelancarannya dlm berbicara di hadapan umum...

Ketika usia 18 thn, beliau menubuhkan Persatuan Wanita Islam (Jama’at Muslimah) untuk menguruskan hal ehwal dan aktiviti wanita berlandaskan ajaran Islam.

Pd thn 1948, Ikhwanul Muslimin diharamkan. Beliau mengambil tindakan utk berbai'ah dgn Imam Hasan Al-Banna dan seterusnya Jama'at Muslimat bergabung dgn Ikhwanul Muslimin.

Sahabat,

Pd Februari 1949
  • tercetusnya komplot utk membunuh Imam Hasan Al-Banna.
  • Ikhwanul Muslimin, seterusnya dipimpin oleh Al-Imam Mursyid Hassan Al-Hudaibi.
  • Jamal Abdul Nasser, pemerintah Mesir.
Pd Ogos 1965
  • rancangan untuk menangkap barisan pemimpin harakah Islamiah
  • didalangi oleh perisik-perisik Amerika da Russia yg disusun oleh Zionism Antarabangsa
  • menuduh Zainab dan pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin yang lain seperti SyedQutb dan Hassan Hudaibi merancang pembunuhan Jamal Abdul Nasser
Jumaat, 20 Ogos 1965
  • Mereka disumbatkan ke penjara dan melihat anggota Ikhwanul Muslimin diseksa dengan teruk.
  • digantung, dicambuk dan dicakar-cakar oleh anjing ganas setelah mereka disebat
  • Zainab sendiri disiksa dengan kejam termasuk dipukul dengan teruk, disumbatkan dalam penjara air dan diancam untuk dirogol.
Petikan daripada bukuHari-hari dalam hidupku

Atas perintah Jamal Abdul Nasser, Zainab Al-Ghazali mestilah diseksa seperti seksaan ke atas orang lelaki…”
Aku yang sentiasa berada di puncak penderitaan dan seluruh tubuhku dipenuhi dengan luka-luka parah akibat penyeksaan, aku yang masih diselubungi oleh keletihan, masih mampu melawan binatang buas yang menerkamku. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa telah memberiku kekuatan ajaib.."

Pd 10 Ogos 1971,
  • Zainab telah dibebaskan dari tahanan setelah 6 tahun mengalami pelbagai penderitaan
Rabu, 3 Ogos 2005,
  • Zainab Al-Ghazali kembali ke rahmatullah, ketika berumur 88 thn....

"Ya Allah, hebatnya hambaMu...Sesungguhnya, Engkaulah yg Maha Pencipta, menciptakan segala-galanya...Ya Allah,didiklah kami menjadi hambaMu yg soleh solehah...kuatkanlah iman di dada kami, agar dapat mengharungi hidup yg penuh dugaan, dan sentiasa memperoleh keredhaanMu Ya Allah....Amin"

Comments

Popular Posts

Allah chose you for a reason, so just do everything for His sake, work hard and InshaAllah, everything will be fine.