Jom fokus!

بسم الله الرحمن الرحيم
Hai adik-adikku sayang...


kita diwajibkan menunaikan solat fardhu lima waktu sehari semalam...subuh, zuhur, asar, maghrib dan isya'...bg adik-adik yg masih belum memulakan lagi, cepat-cepatlah lakukan perubahan menjadi lebih baik...sedikit demi sedikit walaupun sukar utk berubah, sesungguhnya setiap usaha perubahan yg adik buat dikira ibadah disisi Allah...teruskan usaha ye, jgn sesekali berhenti di tengah jalan...=) ingat tu..


kt sini akak kongsi sedikit ilmu, mcm mane nk hadirkan khusyuk di dalam solat, ataupun kata ringkasnya, fokus dalam solat supaya solat yg dilakukan itu, sempurna...Alhamdulillah, syukurnya...


menurut Imam Al-Ghazali, ada 6 perkara yg perlu kte lakukan semasa mengerjakan solat...
  • Hudhur al-Qlabi (حضور القلب) = menghadirkan hati kita ketika menunaikan solat iaitu dengan membuang dari hati segala yang tidak ada kena-mengena dengan solat kita. cthnya, hal-hal dunia ; kerja sekolah ke, shopping, dan lain-lain
  • at-Tafahhum (التفهم) = berusaha memahami iaitu melakukan usaha untuk memahami segala perkara yang dilakukan di dalam solat sama ada perbuatan atau yang dibaca atau diucapkan. tengok maksudnya, lg bagus kalau hafal..
  • at-Ta’dziem (التعظيم) = merasai kebesaran Allah iaitu dengan merasai diri terlalu kerdil di hadapan Allah.
  • al-Haibah (الهيبة) = merasa gerun terhadap keagungan Allah dan siksaanNya...bayangkan azab di akhirat....Ya Allah, sakitnya, ampunilah hambaMu ini...
  • ar-Raja’ (الرجاء) = sentiasa menaruh harapan besar kepada Allah mudah-mudahan solat yang dikerjakan akan diterima dan diganjari oleh Allah.
  • al-Haya’ (الحياء) = merasa malu terhadap Allah di atas segala kekurangan dan kecacatan yang terdapat di dalam solat.

selamat beramal adik-adik...





utk si penulis juga,

ma'a salamah =)

Comments

Popular Posts

Allah chose you for a reason, so just do everything for His sake, work hard and InshaAllah, everything will be fine.